Selasa, 27 November 2012

 

MENANG DALAM MEMERANGGI HATI YANG LALAI

Bicara pasal ketenangan rasa dimana aku nak cari..mudah saja baca al-Quran, berzikir padaNya dan selalu teringat padaNya bila..makan teringat padaNya,tidur Terigat PadaNya,bercakap,berjalan dan banyak lagi kerana Allah dekat dengan orang yang dekat dengan Dia.. Dalam diri aku banyak dosa, banyak benda sia-sia aku  pernah  lakukan sampaikan hidup niee begitu payah untuk kita dekatkan diri kita dengan Allah.. banyaknya sarang syaitan dalam diri aku  ditambah pula hawa nafsu yang tidak dapat aku lenturkan.. Ya Allah susah YA Allah utk hadapinya hati kata nak sembhyang dhuha tapi malasnya nak melangkah.. kenapa lah berat sangat hendak dituruti kata hati .. bantula aku ya Allah.. kata hati nak sembahyang awal waktu tapi apa jadi 30 minit nk masuk waktu lain baru nak solat..ya Allah kenapa aku menzalimi diri aku sendiri.. nak mengaji al-Quran tapi sibuk dengan TV, lepas tengok tv baru nak mengaji, mengantuk plak akhirnya tidur..Ya Allah dimana nak cari kekuatan nie ya Allah.. nak solat tahajjud tidur lewat macam mana nak bagun tahajjud..semua tue benda yang baik tapi aku slalu ja merancang tapi jarang aku tunaikan.. samapai satu tahap, memohon Allah sakitkan kepala jika aku jika aku ingin mengumpat, sembahyang lambat..sakitkan aku..tapi Allah Maha Pengasih dan penyayang ..
ALLAH bagi aku segalanya walaupun tak kaya sangat tapi bahagia, aku tetap lupa padaNya..mana sifat aku sabagai hamba yang, Dia beri nikmat walaupun Dia boleh hendak rentap nyawa kau, lontar aku ke gaung,jatuh aku dalam lubang yang dalam sebab Dia Maha Berkuasa.. apa yang aku boleh buat ya Allah untuk dekatkan aku dengan Mu Ya Allah..

sekarang apa yang aku fikir aku mesti BERLAWAN,BERLAWAN,BERLAWAN denga nafsu dan syaitan yang duduk dan bersarang dalam badan aku..

PERANG BUKAN DENGAN SENJATA SAHAJA TAPI PERANG ERTI KATA JAGA NAFSU KITA DAN JANGAN BIAR SYAITAN MENGUASAI KITA.JADIKAN SETIAP SAAT KITA DENGAN PENAMBAHAN IMAN KITA..JANGAN BIARKAN IMAN KITA TURUN TAPI TINGKATKAN IA

tegur jika salah...

 

ANAK-ANAK KITA JADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH

Anak yang soleh  dan olehan merupakan penyambung kepada pahala kita.. Kenapa sekarang banyak perkara yang berlaku merisaukan kita terutama anak-anak yang meningkat remaja dengan gejala sosialnya.. sekarang niee  budak sekolah rendah sudah padai hisap rokok, pandai mencuri,semua dah pandai entah la apa nak jadi bila besar..

Bagi saya benda mcm nie jangan kita salahkan mereka..saya suka kalau kita doakan untuk mereka.. dalam hidup mereka sendiri mesti mereka mahukan perubahan tapi tak tau punca di mana nak mula.. itu sbb diaorang ikut ja kata hati mereka dan apa yang buat mereka happy tapi sebenarnya jalan tue salah dan tak ada ketenangan pun.. dekatkan diri dengan mereka mungkin salah satu jalan tapi yang penting kita yang dekat dan hmpir dengan mereka mesti jadi seorang yang kuat kerena mereka akan memberontak..buat apa nak buat baik jika jika tidak ada orang yang akan hargai.. Jangan marah, jgn putus asa dalam membimbing mereka kenapa?? kerana meraka anak bangsa kita,seugama dengan kita.. doalah kebaikan mereka walaupun mereka itu nakal..Allah janji pada hambaNYA setiap kebaikan yang kita lakukan pasti ada balasan .hikmah ALLAH untuk kita atas apa yang kita buat untuk mereka tiada galang gantinya..yang penting DOA untuk mereka, tidak perlu membenci, doakan mereka sebab kekuatan kita pada anak2 muda yang kuat ugamanya yang indah budi perkertinya yang kuat imannya, yang Tawakalnya pada ALLAH.. 

KASIHKAN MEREKA SEPERTI ANAK-ANAK KITA WALAUPUN MEREKA BUKAN ANAK KITA







Khamis, 8 November 2012

HIDUP DALAM RAHMAT ALLAH

 




 Rahmat dan kasih sayangMu ku pohon Ya Allah tiadaMu disetiap langkah hidupku,nafasku, degup jantung ku tidak bermakna kerana tiada cahaya menerangi ketenanganku.

“Apabila kita hidup setiap pagi, ingat bahawa Allah menghidupkan kita pagi ini kerana banyak dosa dan Allah beri kesempatan untuk bertaubat kepada Allah kerana esok belum tentu lagi Allah hidupkan kita.” Imam Ghazali.Allah berfirman

Allah berfirman, “Kamu nak buat apa pun buatlah, cuma pastikan ia menjadi ibadat di sisi Allah.”



Khamis, 1 November 2012

 

 BELAJAR BERCINTA

Bercinta, indahkan perasaan tue.. kalau diberi cinta itu pada yang akan membalasnya lagi mengguntungkan.. cinta pada manusia jgn lebih dari cinta pada diri sendiri bukan apa takut dikecewakan lagipun dia x slalu bersama dengan kita..jadi rebutlah cinta yang lg Agong, suci dah indah kerana disitu kita tak akan kecewa, tak akan bersedih yang penting Ketenangan hati yang Allah berikan pada kita.. datang laa pa pun dugaan  kita tak akan takut, tak akan gelisah sbb dalam hati kita ada Dia.



"Carilah hatimu di tiga tempat, temui hatimu sewaktu membaca Al-Quran tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati lagi."
(Imam Ghazali)






MEMILIKI HATI YANG BERSIH



Bicara pasal hati teringat kata-kata seorang penceramah..kata dia hati mesti diberi makanan(zikir).. bukan makan hati..tapi makanan yang menjinakan dia,melembutkan dia, menjernihkan dia dari kekotoran serta mengigatkan dia pada Penciptanya.. Kata dia lagi kita kena ikhlas dengan Allah..insyaAllah hati kita kan rasa tenang walaupun kita berada dalam kesusahan..pada Allah kita minta pertolongan..pada Dia kita berserah.. Tak perlu kita meminta pada orang, pinta padaNYA setiap apa yang kita inginkan kerana apa yang kita inginkn Dia yang akan memberi walaupun kita tak pernah bersyukur,tak pernah khusyuk dalam smbhyg, x pernah menangis untuk dia...klau Dia tidak memberi mgkin itu terbaik untuk kita... Allah sayang kita..Allah baik pada kita..Allah jaga kita,mak,ayah,anak,suami dan orang2 yang kita sayang tapi adakah kita sayang Dia mcm mna Dia sayang kita.. kata penceramah tu lg dalam Al-Quran Allah berfirman yang kita akan igat padaNya bila kita Solat shj selepas solat kita sudah melupakanNya.. apa kata kalau Allah lupa nak bagi kita udara untuk bernafas(ALLAH bukan pelupa) sama2 kita igatkan diri kita satukan hati kita dengan teringakan Allah disetiap langkah,nafas,penglihatan kita hanya terdapat Allah dalam hati kita (wallahualam)