AGAMA ISLAM, IMAN DAN PENYATUAN..
Apa jadi pada Islam hari ini??..saya bukan ustazah tapi hndk menyuarakan apa yang saya rasa. saya mahukan agama islam berkembang diseluruh dunia. Saya mahukan iman dalam diri saya sentiasa bertambah,kental,kuat,kukuh dan saya mahu Allah pelihara iman macam mana Allah jaga hamba-hamba yang Allah cintai. Sekarang saya kecewa ramai anak-anak muda seperti saya hanyut dalam kepalsuan duniawi. Saya tidak baik tadi saya mencari Ilmu untuk jadikan diri lebih baik. Kenapa sekarang kita sibuk dengan politik sedangkan anak muda(saudara seislam kita) hanyut dalam dunia ketum,dadah,arak, zina, sosial yang melampau dll. Kenapa tidak ada pihak yang berkempen macam mana kita nak tanamkan iman dalam diri anak-anak yang akan mewarisi bangsa kita, agama kita (mau ka kita dipersalahkan krn kita asyik dengan politik shj). Macam saya yang imannya rapuh kerana keadaan zaman yang mencabar..
Kenapa parti politik yang ahlinya beragama islam tidak duduk sekali dan cari titik persamaan dalam menyatukan umat islam. Sebenarnya persamaan kita ada cuma kita tak mau pandang. Agama islam itu adalah satu penyatuan yang perlu kita fikirkan. Tidak kira parti manapun asalkan dia mengucap dua kalimah syahadah dan sayangkan agama islam, kita bersatu. Kenapa nak berpecah??setiap ahli dalam parti politik itu sendiri terdapat ulama, orang alim,mengesakan Allah,mencintai Rasulullah, puasa, solat dll. Adakah parti politik yang kita tidak suka mengucap dua kalimah yang lain. Tanyalah ahli politik yang lain mengucapnya sama saja LAILAHAILLAH (tiada tuhan yang disembah melainkan Allah), adakah solatnya 3waktu sehari sama saja 5 waktu. Dengan titik perubahan yang kita buat itu kita menjadikan mereka bersama kita berada di ladasan yang betul.saya tak mau anak saya hidup dalam peperangan, tak dpt mengenali dunia niee..
Setiap hari saya berdoa agar saya mati syahid kenapa dosa saya yang banyak, takut utk hadapi alam kubur. Mungkin kita tak rasa sekrg tapi kita akan lalui. Semua kita akan mati tidak kira parti politik yang mana. Ingat walaupun kita di parti politik yang mana kita adalah seugama iaitu islam. siapa nak bantu melainkan kita. Jika parti politik ini kurang bab agama bantu mereka jgn mendoakan keburukan pada mereka.. Adakah ajaran islam mengajar org islam mendoakan keburukan pada orang yang seugama dgn mereka. Kalau kamu kata dia terpesong aqidah bantulah dia keluar dari kesesatan itu dgn pelbagai cara salah satunya DOA pada ALLAH. Saya sedih bila cakap mengenai doa untuk keburukan org yg juga beragama islam. Tak terfikirkan mungkin didalam parti itu ada yang lebih alim,kuat,imannya, kukuh penganggannya pada al-quran dan sunnah nabi.
Tolong lah bersatu demi islam jgn biarkan org kafir mentertawakan kita..jadikan negara malaysia nie diredhai Allah. Islam kuat siapa yang berani mencabar,berani bersuara, berani mambuka mulut menghina islam. Pendudk islam majoritinya Islam tapi disebabkan politik kita jadi minoriti. suara kita tidak akan didengari bila kita minority. bila bersatu atas landasan islam apa yang kita hendak lakukan tak jadi masalah. tidak akan terdengar suara yang akan mempertikaikan hukum-hukum islam, tidak ada yang berani sebab kita berkuasa. Jika mereka bukan islam memberontak,merusuh kita bangkit memeranggi mereka. Baru kita berjuang kerana islam. Jadikanlah Allah sebagai temapt kita mengadu,berlindung.
Pejuang Palestin dipilih berdasarkan krediabiliti yang mengagumkan. seorang yang solat tahajud adalah rutinnya, tanpa meninggalkan solat subuh berjemaah, penghafal al-quran dan iman yang tinggi. anak-anak palestin yang kental tidak kira usia. dimanakah kita?? sepatutnya itu yang perlu menjadi tunggak utama kita. Saya sendiri selalu dalam kealpaan.Saya kesian pada diri saya,anak muda kg saya,anak muda pekan saya,anak muda daerah saya, anak negeri saya dan anak muda negara saya yang alpa keseronokkan dunia.Rancaknya agenda memurtadkan anak muda kita .. Saya tak sanggup anak yang saya kandung dicuba murtadkan imannnya. Nauzubillah
Bantu bangkitkan pejuang muda di kalangan pemuda-pemudi di malaysia niee (termasuk saya).. Fokus pada yang lebih utama islam dalam negara MALAYSIA tepikan isu politik .
Saya sendiri mencari ilmu utk saya bekalkan bila saya mati. Apa yang kita amalkan,ilmu kita,anak, sedekah kita adalah penyelamat kita.
baik itu dari Allah jua.